GEORGE TOWN: Seorang remaja, dipercaya bermain game komputer secara terus menerus selama lebih 15 jam ditemui telah meninggal dunia dalam keadaan terlantar pada peralatan itu di kamarnya di Bandar Baru Air Itam pada hari Senin.
Ong Yee Haw, 23, yang keluar dari rumah untuk ke kafe cyber pada Ahad petang, hanya pulang ke rumah pada kira-kira pukul 1 petang hari berikutnya.
Diketahui bahwa dia pulang ke rumah dan terus bermain menggunakan komputernya di kamarnya, kemudian ditemui telah meninggal dunia oleh bapa saudaranya yang akan memeriksa keadaannya pada kira-kira pukul 4 sore.
Ibu Ong, Chew Qun Juan, 62, berkata bahawa anak lelaki tunggalnya itu begitu ketagihan dengan game komputer sejak dia berhenti kerja di sebuah restoran lima bulan lalu, selepas dia terlibat dalam suatu kecelakaan motor.
“Dia mengalami cedera di tangan kanannya dan berhenti kerja setelah itu.
“Saya telah mengingatkan dia berulang kali untuk tidak menghabiskan masa yang terlalu lama dengan bermain komputer tetapi dia tidak pernah dengar nasihat saya,” katanya di kamar mayat Rumah Sakit Pulau Pinang pada hari Selasa.
Upacara persemadian Ong akan dilakukan di krematorium Batu Gantung.
- mStar
diterjemahkan dari : http://peraktoday.com/?p=146530
0 komentar:
Post a Comment